Kelas Microsoft Office Individu
29 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Peserta yang terdiri daripada pelajar darjah 5 telah diberi tugasan untuk mengulangkaji pembelajaran menggunakan Microsoft Word. Peserta dikehendaki untuk menyediakan buku mewarna mengikut kreativiti masing-masing.
Ini memberi peluang kepada peserta untuk mengulangkaji beberapa kemahiran dalam menggunakan google sebagai pencarian grafik dan juga mengulangkaji cara-cara untuk mengedit gambar. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: